Warga asing suap polis kena dakwa

Warga asing suap polis kena dakwa

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Seorang lelaki India dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan rasuah.

Anisur Rahman, 31, menghadapi pertuduhan memberi wang berjumlah $20 kepada seorang anggota polis trafik di Jabatan Siasatan Kawalan Lalu Lintas, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang apabila tertuduh didapati melakukan kesalahan iaitu tidak mematuhi lampu isyarat trafik di kawasan simpang 4, Jalan Dato Haji Basir.

Tiada pengakuan diambil daripada tertuduh di mana Pemangku Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menetapkan 15 Jun untuk sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh mempertimbangkan pengakuannya dan juga untuk mendapatkan nasihat undang-undang.

Pemangku Majistret Kanan turut membenarkan tertuduh diikat jamin $7,000 atau seorang penjamin tempatan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shamshuddin bin Haji Kamaluddin.

ARTIKEL YANG SAMA