Warga Australia didakwa lakukan hasutan kebencian

Warga Australia didakwa lakukan hasutan kebencian

SINGAPURA, 8 Mac (AFP) – Seorang wanita warga Australia didakwa melakukan penghasutan kebencian terhadap warga – warga asing di Singapura dalam laman sesawangnya semalam berkata dia akan membuat pengkauan bersalah terhadap hasutan, kesalahan yang membawa kepada hukuman penjara.

Ai Takagi, 23, memberitahu mahkamah daerah mengenai hasratnya terhadap apa yang dilihat perbicaraan bersama dengan suaminya warga Singapura, Yang Kaiheng, 27.

Dia akan kembali ke mahkamah hari ini untuk membuat pengakuannya sementara perbicaraan suaminya akan diteruskan pada Jumaat ini. Yang dan Takegi masing – masing menghadapi tujuh pertuduhan hasutan bagi artikel yang diterbitkan diantara Oktober 2013 dan Februari 2015 ke atas laman sesawang sosio politik, ‘The Real Singapore’, yang mana mereka dipaksa oleh pengawal peraturan untuk menutupnya pada tahun lepas.

Mereka juga didakwa dengan menyembunyikan dokumen dalam keuntungan pengiklanan laman sesawang dari polis. Jika didapati bersalah, Yang dan Takagi akan dijatuhkan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan didenda sehingga Ag$5,000 (AS$3,620) atau kedua-duanya, bagi setiap pertuduhan hasutan.

Warga Australia, Ai Takagi (tengah) dan suaminya warga Singapura, Yang Kaiheng (kanan) dengan peguam mereka Choo Zheng Xi (kiri) tiba di mahkamah, semalam. – AFP
Warga Australia, Ai Takagi (tengah) dan suaminya warga Singapura, Yang Kaiheng (kanan) dengan peguam mereka Choo Zheng Xi (kiri) tiba di mahkamah, semalam. – AFP

Mereka menghadapi hukuman penjara sebulan dan denda sehingga Sg$1,500, atau kedua-duanya, kerana menyembunyikan maklumat dari polis. Pendakwa raya semalam berkata pasangan tersebut “memainkan peranan dalam perkauman dan xenophobia” dalam laman sesawang.

“Mereka juga, memilih untuk mengkritik dan rekaan berani dalam menarik pengguna internet ke laman sesawang mereka, semua objektif meningkatkan keuntungan pengiklanan mereka,’ kata pendakwa.

Undang-undang hasutan Singapura menjadikannya satu kesalahan untuk mempromosikan permusuhan diantara berbagai kaum atau kelas dalam negara yang berbilang kaum, yang kebanyakannya adalah China. Sekitar 40 peratus dari 5.5 juta penduduk negara itu warga asing.

Kertas dakwaan berkata artikel itu dilihat hasutan yang mempersendakan warga China dan pekerja asing lain di Singapura, sementara satu kenyataan dalam laman sesawang itu ‘menyatakan salah’ bahawa keluarga Filipina memulakan pergaduhan pada satu pesta Hindu pada Februari lalu. Pendakwa berkata Takagi dan Yang “berjaya mendapatkan keuntungan dari perbalahan dan permusuhan yang mereka lakukan’ kerana laman sesawang mereka yang popular.

ARTIKEL YANG SAMA