Warga Australia dipenjara kerana hasutan

Warga Australia dipenjara kerana hasutan

SINGAPURA, 23 Mac (AFP) – Seorang wanita Australia yang menyiarkan cerita yang dibuat-buat mengenai warga asing di laman web telah dipenjara di Singapura kerana menghasut kebencian selepas dijatuhkan hukuman di bawah undang-undang hasutan penjajah.

Ai Takagi dijatuhi hukuman penjara selama 10 bulan, iaitu hukuman keras pernah dikenakan bagi kesalahan itu di kerajaan Singapura yang ketat, yang mana ia dilihat tindakan tegas kerajaan tersebut terhadap mana-mana aktiviti yang dilihat sebagai menggalakkan kebencian kaum dan darjat.

Takagi adalah seorang editor yang berpangkalan di Australia dan pemilik kepada ‘The Real Singapore’, yang sangat popular dikalangan pembaca, akan tetapi telah ditutup selepas dia dan suami beliau yang berwargnegara Singapura telah ditahan ketika melawat pulau itu tahun lepas.

Pendakwa berkata Takagi, 23, mengeluarkan cerita rekaan untuk menjana ratusan ribu dolar dalam hasil pengiklanan dalam talian bagi laman web beliau, yang juga mempunyai laman Facebook dengan pengikut yang ramai.

Hakim Negeri, Salina Ishak berkata hukuman yang kuat diperlukan kerana Takagi telah menghasut “perkataan pedas dan berbentuk kebencian” terhadap semua warga asing di Singapura.

Ai Takagi semasa meninggalkan mahkamah negeri di Singapura kelmarin. – AFP
Ai Takagi semasa meninggalkan mahkamah negeri di Singapura kelmarin. – AFP

Takagi, yang pada masa ini mengandung anak pertama mereka yang berusia lapan minggu, telah membuat permohonan maaf di mahkamah sebelum hukuman itu dijatuhkan.

Beliau telah diberikan sebulan untuk menyelesaikan urusan peribadi beliau sebelum menjalani hukuman penjara itu.

“Sebelum kes ini bermula, saya tidak sedar terhadap sensitiviti keadaan dalam menangani topik yang berkaitan dengan isu-isu perkauman dan agama di Singapura,” katanya di mahkamah.

“Saya memohon maaf di atas kejahatan yang aku telah lakukan melalui tindakan saya itu,” kata pelajar undang-undang Jepun-Australia, yang berharap suatu hari nanti dia akan dibenarkan untuk menetap secara kekal di Singapura.

Undang-undang dalam kes hasutan Singapura itu dibuat bagi menyedarkan masyarakat bahawa bahaya menggalakkan permusuhan antara kaum atau golongan dalam masyarakatnya yang berbilang kaum, yang kebanyakannya etnik Cina dengan minoriti Melayu dan India yang besar.

ARTIKEL YANG SAMA