Warga Australia hisap rokok marijuana, dipenjara satu tahun

Warga Australia hisap rokok marijuana, dipenjara satu tahun

DENPASAR, Indonesia, 23 Julai – Seorang warga Australia telah dipenjarakan selama satu tahun hari ini selepas dia ditangkap merokok marijuana di sebuah pantai di pulau peranginan Bali, Indonesia.

Nicholas James Langan, 25, telah ditangkap di pantai popular Batu Bolong pada Januari selepas dia didapati merokok dadah dengan seorang warga Indonesia yang bekerja sebagai pemandu di sebuah hotel. Marijuana seberat 0.86g juga telah dirampas.

Indonesia baru-baru ini telah mempertingkatkan kempen ke atas penggunaan dadah dan menjatuhkan hukuman tegas juga dikuatkuasakan selepas hampir tiga bulan, lapan pesalah dadah, termasuk tujuh warga asing, dihukum mati menggunakan tembakan skuad meskipun sudah merayu bagi pengampunan.

“Defendan itu terbukti bersalah menyalahgunakan dadah untuk kegunaan peribadi,” hakim Cening Budiana memberitahu sebuah mahkamah di bandar Denpasar, Bali.

Hukumannya itu adalah lebih ringan daripada empat tahun yang disyorkan oleh para pendakwa dengan hakim mengatakan dia telah bersikap sopan dan jujur di mahkamah dan masih lagi muda.

Langan, menerusi seorang jurubahasa memberitahu para wartawan dia ‘memerlukan masa untuk mempertimbangkan’ sama ada untuk merayu perbicaraan itu.

Pemandu Indonesia itu juga dijatuhkan hukuman satu tahun di penjara hari ini di mahkamah yang sama dengan Langan dibicarakan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA