Warga Australia mengaku tidak bersalah

Warga Australia mengaku tidak bersalah

CAGAYAN DE ORO, Filipina 16 Jun (AFP) – Seorang warga Australia yang dituduh atas kesalahan merogol dan menggedar dua kanak-kanak perempuan di Filipina mengaku tidak bersalah hari ini, pegawai mahkamah berkata.

Mengenakan baju banduan kuning dan gari, Gerard Peter Scully, 51, menghisap rokok terlebih dahulu sebelum dengan tenangnya mengatakan “tidak bersalah” atas dakwaan lima perkiraan rogol dan satu kes pemerdagangan manusia dibacakan kepadanya di bilik mahkamah di pelabuhan Cagayan de Oro.

Polis Filipina menuduh Scully atas kesalahan berkali-kali merogol dua remaja perempuan, yang didapati bogel dan digari di bilik tidur rumah pangsanya i pelabuhan selatan tahun lepas.

Scully juga masih dalam siasatan, tetapi belum lagi didakwa atas kesalahan merogol anak damit perempuan 18 bulan dan kes rogol dan bunuh perempuan 12 tahun.

Pihak Polis berkata mereka menjumpai mayat perempuan 12 tahun itu bulan Februari, tertimbus di bawah dapur di rumah pangsa berlainan yang juga disewa oleh Scully di selatan bandar Surigao.

ARTIKEL YANG SAMA