Warga Australia terbunuh perangi IS

Warga Australia terbunuh perangi IS

CANBERRA, 30 Mei – Seorang lelaki Australia dilaporkan terbunuh ketika memerangi Islamic State (IS) di Syria, menurut pasukan Kurdis tempatan hari ini.

Jabatan Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Australia (DFAT) tidak dapat mengesahkan kematian Jamie Briggs, 45 tahun, memandangkan keterbatasan kehadiran kerajaan di Syria, tempat pergolakan Timur Tengah adalah terbatas, tetapi kematian Briggs diumumkan oleh Unit Perlindungan Orang Kurdish atau YPG.

“Dukacita seorang lagi sukarela berbangsa Austraila yang menyertai YPG telah terbunuh,” kumpulan itu menyatakan di laman sesawang media sosial, iaitu Facebook.

DFAT memberitahu News Corp hari ini berkata besar kemungkinan berita tentang kematian Briggs adalah benar, tetapi ia tidak dapat mengesahkan pembunuhan itu kerana capaian kerajaan Australia di Syria ‘amat terbatas’ dan sebarang maklumat rasmi mungkin masa berhari-hari atau malah berminggu-minggu untuk diketahui. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA