Warga Balai Bomba Cawangan Operasi ‘A’ bersihkan kubur

Warga Balai Bomba Cawangan Operasi ‘A’ bersihkan kubur

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jun – Bersempena bulan Ramadan yang Mubarak ini, Cawangan Operasi ‘A’ yang terdiri daripada Balai Bomba Beribi, Balai Bomba Bandar Seri Begawan dan Balai Bomba Muara serta Balai Bomba Mentiri telah mengadakan kempen membersihkan Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, kelmarin.

Rombongan Cawangan Operasi ‘A’ berkenaan juga berkesempatan menziarahi tanah perkuburan bekas Timbalan Pegawai Pemerintah di Cawangan Operasi ‘A’, Allahyarham Penguasa Bomba Haji Sofian bin Haji Tahir.

Majlis diselajurkan dengan membaca Tahlil dan Doa Arwah bagi memperingati pegawai dan anggota yang telah kembali ke rahmatullah dengan dipimpin oleh Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘A’, Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat Mohd Yudieswandy bin Bakar.

Turut hadir ialah timbalan pegawai pemerintah, stesen-stesen komander, para pegawai dan anggota Cawangan Operasi ‘A’.

Semasa bacaan Tahlil dan Doa Arwah bagi memperingati pegawai dan anggota yang telah meninggal dunia dijalankan di Tanah Perkuburan Orang-orang Islam Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, kelmarin.
Semasa bacaan Tahlil dan Doa Arwah bagi memperingati pegawai dan anggota yang telah meninggal dunia dijalankan di Tanah Perkuburan Orang-orang Islam Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA