Warga Balai Bomba Sg Liang berhari raya

Warga Balai Bomba Sg Liang berhari raya

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Lebih 300 pegawai, anggota dan ahli keluarga Balai Bomba Sungai Liang, Daerah Belait menghadiri Majlis Sambutan Ramah Mesra Salam Aidilfitri di balai bomba berkenaan, semalam.

Hadir pada majlis itu ialah Ketua Kampung Lumut 1, Mukim Liang, Yang Berhormat Haji Mohd Shafiee bin Ahmad dan isteri; Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘B’ Daerah Belait, Superintenden Kanan Mohd Shahreeni bin Haji Mohd Yusof; Pemangku Ketua Kampung Sungai Liang, Haji Mohd Ibrahim bin Datu Maharaja Setia Dian dan isteri; Pegawai Pembangunan Masyarakat merangkap Ketua Cawangan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) Belait, Dayang Noridah binti Haji Ishak; Pemangku Timbalan Pegawai Pemerintah, Penolong Penguasa Bomba ASFR Wan Julaini bin Wan Ibrahim serta isteri; dan Stesen Komander Balai Bomba Sungai Liang, SO Muhamad Ali bin Hassan dan isteri.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang diikuti dengan ucapan Pengerusi Watch Komander ‘A’, DSO Awang Mohd Sadiy bin Abdullah Tujuh.

Dalam ucapannya, beliau berkata antara tujuan sambutan itu adalah untuk mengeratkan silaturahim dan menjalinkan hubungan kekeluargaan serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pegawai dan anggota bomba.

Superintenden Kanan Mohd Shahreeni ketika menyampaikan ucapan di majlis sambutan itu.
Superintenden Kanan Mohd Shahreeni ketika menyampaikan ucapan di majlis sambutan itu.

pg09_150811_f

Selain itu, ia juga peluang untuk beramah mesra dan bertukar-tukar pandangan di antara agensi-agensi kerajaan di Mukim Liang.

Sementara itu, Superintenden Kanan Mohd Shahreeni dalam ucapannya pula menekankan, majlis seumpama itu mempunyai banyak kelebihan dan manfaat di samping mengeratkan semangat perpaduan di antara pegawai dan anggota di jabatan itu.

Katanya, majlis itu juga merupakan satu wadah bagi memupuk sikap saling memahami dan bertolak ansur dalam kalangan pegawai dan anggota bomba.

ARTIKEL YANG SAMA