Warga Bangladesh dikendaki polis

Warga Bangladesh dikendaki polis

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Julai – Pasukan Polis Diraja Brunei meminta kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga Bangladesh yang dikehendaki untuk membantu siasatan di Bahagian Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah.

Lelaki yang dikehendaki berkenaan ialah Akibur Rah-man Abu Bakkar yang berusia 36 tahun dan memegang pasport bernombor E 0225049, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan, bolehlah menghubungi talian 2459500 sambungan 382/333 dan Hotline 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Akibur Rahman Abu Bakkar, 36 tahun, yang dikehendaki oleh Pasukan Polis Diraja Brunei.
Akibur Rahman Abu Bakkar, 36 tahun, yang dikehendaki oleh Pasukan Polis Diraja Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA