Warga Bangladesh dipenjara setahun

Warga Bangladesh dipenjara setahun

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160727_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Julai – Seorang lelaki warga Bangladesh yang dihantar pulang ke negaranya selepas menjalani hukuman penjara pada 2015 atas kesalahan imigresen, sekali lagi mengundang padah buat dirinya apabila dijatuhi penjara selama setahun oleh Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan berada di negara ini selepas ditegah daripada memasuki Brunei Darussalam.

Kazi Ali Reza, 38, didakwa menggunakan pasport dan nama baru untuk memasuki semula negara ini untuk tujuan mencari pekerjaan.

Tertuduh diberkas dalam operasi yang dijalankan pada 20 Julai 2016 kira-kira jam 9:30 malam oleh sepasukan pegawai penguat kuasa imigresen yang bertindak sebaik mendapat maklumat mengenai aktiviti pendatang tanpa izin di kawasan bangunan Kampung Sengkurong.

Tertuduh mengaku telah dikeluarkan dari Brunei, dan telah menggunakan identiti baru iaitu ‘Mohd Baker Miah’ untuk mengelirukan pihak imigresen supaya dia dapat memasuki negara ini.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli memerintahkan hukuman tertuduh berkuat kuasa 21 Julai 2016.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Amiriah binti Haji Ali.

ARTIKEL YANG SAMA