Warga Bangladesh rai Hari Kemenangan

Warga Bangladesh rai Hari Kemenangan

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 22 Dis – Masyarakat Bangladesh di negara ini, baru-baru ini, telah mengadakan perhimpunan di Plaza Seria, Daerah Belait bagi menyambut Hari Kemenangan negara mereka yang diraikan pada setiap 16 Disember.

Hadir sama ialah Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mohammed Abdul Hye yang mendengar rintihan dan aduan warga Bangladesh yang sedang bekerja di negara ini terutamanya di Daerah Belait.

Sambutan Hari Kemenangan merupakan cuti kebangsaan di Bangladesh bagi memperingati kemenangan tentera bersekutu ke atas tentera Pakistan dalam Perang Pembebasan Bangladesh pada tahun 1971.

TYT Mohammed Abdul Hye semasa perhimpunan masyarakat Bangladesh, semalam.
TYT Mohammed Abdul Hye semasa perhimpunan masyarakat Bangladesh, semalam.

pg12_151223_e

Sementara itu, di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, kira-kira 150 orang warga Bangladesh berkumpul di masjid tersebut bagi menghadiri Majlis Doa Selamat Khas untuk menyambut Maulud Nabi.

Acara yang bertujuan untuk memupuk perasaan cinta dan kekaguman terhadap Nabi Muhammad (S.A.W) itu juga dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Waliur Rahman.

Dianjurkan oleh Komuniti Perniagaan Bangladesh di Brunei, acara itu diadakan selepas solat Maghrib dan solat Isyak yang dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan Doa Selamat dan laungan dikir yang dipimpin oleh Mufti Hafiz.

ARTIKEL YANG SAMA