Warga BIBD bertahlil di Kubah Makam Diraja

Warga BIBD bertahlil di Kubah Makam Diraja

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jun – Warga Kumpulan BIBD yang termasuklah kakitangan daripada Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), BIBD At-Tamwil dan BIBD Securities hari ini mengadakan majlis bertahlil tahunannya di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa arwah bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan kerabat diraja lain.

Bacaan tahlil dipimpin oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Hamidon bin BPSK DPSS Haji Abdul Hamid.

Warga BIBD bertahlil di Kubah Makam Diraja.
Warga BIBD bertahlil di Kubah Makam Diraja.

Hadir ialah Menteri Pembangunan yang juga selaku Pengerusi BIBD Yang Berhormat Dato Paduka Haji Bahrin bin Abdullah, Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Pengerusi Badan Penasihat Syariah BIBD, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yussof serta Lembaga Pengarah BIBD dan Ahli Badan Penasihat Syariah.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan BIBD, Mubashar Khokhar, pihak pengurusan BIBD dan kakitangan.

ARTIKEL YANG SAMA