Warga BIBD tidak ketinggalan laksana ibadah korban

Warga BIBD tidak ketinggalan laksana ibadah korban

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah mengadakan Majlis Ibadah Korban tahunan di Masjid Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kampung Jangsak, kelmarin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BIBD, majlis berkenaan dihadiri oleh Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan Pengerusi Badan Penasihat Syariah BIBD, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin, bersama ahli-ahli badan berkenaan yang lain, Pengarah Urusan BIBD, Javed Ahmad, warga pengurusan kanan serta kakitangan BIBD.

Pada majlis berkenaan, seekor kerbau dan 11 ekor lembu telah dikorbankan dan daging-daging korban telah diagih-agihkan kepada kira-kira 100 orang penerima terdiri daripada ahli keluarga Program ALAF BIBD, Kompleks Rumah Kebajikan, mualaf, ibu tunggal, bapa tunggal, warga emas serta golongan yang kurang berkemampuan.

Menurut kenyataan itu lagi, pada majlis berkenaan, BIBD juga mengambil peluang untuk mendermakan sebanyak 150 buah buku Yasin yang diterima oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Zulhazmi bin Salleh.

Yang Dimuliakan Pehin Haji Awang Suhaili menyampaikan daging korban kepada salah seorang penerima.
Yang Dimuliakan Pehin Haji Awang Suhaili menyampaikan daging korban kepada salah seorang penerima.

ARTIKEL YANG SAMA