Warga BKN hadiri Muzakarah MIB

Warga BKN hadiri Muzakarah MIB

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Ogos – Lebih 100 orang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Biro Kawalan Narkotik (BKN) hadir di Muzakarah Melayu Islam Beraja (MIB) di Goldstone Ballroom, The Centrepoint Hotel, Gadong, hari ini.

Muzakarah anjuran Sekretariat Majlis Tertinggi MIB dengan kerjasama BKN, diadakan selama tiga hari sehingga 13 Ogos itu turut dihadiri Timbalan Pengarah BKN, Hajah Jainiah binti Sirin dan penolong-penolong pengarah BKN.

Ceramah yang disampaikan oleh Ahli Urus Setia Majlis Tertinggi MIB, Profesor Madya Dr. Haji Hashim bin Haji Abdul Hamid itu memfokuskan mengenai nilai-nilai keBruneian yang meliputi nilai-nilai moral, budaya, estetik dan agama dan keBruneian bukan satu konsep atau pegangan budaya baru bahkan ia sudah mengakar umbi dalam kehidupan orang-orang Brunei.

Menurutnya lagi, ada dua cara menganalisis konsep keBruneian iaitu pertama, dilihat dari literal (harfiah) yang berhubung rapat dengan rupa bangsa dan negeri tempat bangsa Brunei itu wujud atau bermastautin yang ditentukan oleh corak pemerintahan, kedaulatan, rupa rakyat dan garis-garis geografinya.

Dan konsep kedua pula dilihat dari segi analitikal (takrif atau tafsiran) yang melihat konsep keBruneian ini mempunyai muatan dan ciri-ciri tertentu yang tujuannya untuk memelihara dan mengangkat martabat bangsa dalam apa jua gerakan kehidupan.

ARTIKEL YANG SAMA