Warga Britain pertama berlepas ke ISS

Warga Britain pertama berlepas ke ISS

BAIKONUR, Kazakhstan, 15 Dis (AFP) – Tim Peake, warga Britain pertama yang membuat perjalanan ke Stesen Ruang Angkasa Antarabangsa, berlepas hari ini dari kosmodrom Baikonur bersama veteran ruang angkasa Rusia, Yury Malenchenko dan Tim Kopra NASA bagi misi enam bulan.

Api daripada booster roket Soyuz TMA-19M menghasilkan cahaya terang menerusi langit mendung di kosmodrom yang dioperasi Rusia di Kazakhstan, selepas kapal angkasa lepas berlepas pada jam yang dijadualkan 1103 GMT (17:03 waktu tempatan), menurut penyiaran televisyen yang disiar langsung.

Seorang jurucakap bagi Misi Kawalan mengesahkan kepada AFP yang pelancar telah berlepas menurut yang dirancang.

Mereka dijangka berlabuh di ISS kira-kira enam jam kemudian.

“Ia adalah hebat untuk menyaksikan Tim Peake berlepas dalam misinya untuk menyertai Stesen Ruang Angkasa Antarabangsa,” kata Perdana Menteri Britain, David Cameron dalam Twitter.

Astronaut Britain, Tim Peake (bawah), kosmonaut Rusia, Yuri Malenchenko (atas) dan astronaut AS, Tim Kopra melambai ketika mereka menaiki kapal angkasa Soyuz TMA-19M. – AFP
Astronaut Britain, Tim Peake (bawah), kosmonaut Rusia, Yuri Malenchenko (atas) dan astronaut AS, Tim Kopra melambai ketika mereka menaiki kapal angkasa Soyuz TMA-19M. – AFP

Bekas tentera mejar Peake – seorang jurutera penerbangan Agensi Ruang Angkasa Eropah – memulakan misi lebih daripada 170 hari atau hampir enam bulan di pos kawalan penyelidikan orbit bersama Malenchenko Rusia dan Kopra NASA.

Dua rakannya yang juga anggota kru sudah menghabiskan masing-masing 641 dan 58 hari di ruang angkasa.

Misi Peake telah mewujudkan keterujaan hebat di Britain, yang mana kerajaan mendedahkan Dasar Ruang Angkasa baru menjelang pemergiannya ke Stesen Ruang Angkasa Antarabangsa.

Dasar itu berhasrat untuk menjana lebih tiga kali ganda nilai sektor itu kepada ekonomi negara, sehingga mencecah $40 bilion menjelang 2030.

Ketiga-tiga Soyuz akan menyertai sama tiga astronaut yang sudah berada di ISS – Scott Kelly dari NASA dan warga Rusia, Sergeri Volkov dan Mikhail Kornienko, serta akan memulakan kerja bagi Ekspedisi 46.