Warga British Garison lawat Rumah Panjang Mendaram

Warga British Garison lawat Rumah Panjang Mendaram

Oleh Anwar Rosly

Gambar oleh Berandi Jamau

 

KUALA BELAIT, 27 Mac – Bagi mengenali kehidupan kaum peribumi, sekitar 200 warga British Garison terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak mereka mengadakan lawatan ke Rumah Panjang Mendaram di Mukim, Labi, baru-baru ini.

Kehadiran mereka dialu-alukan oleh Ketua Rumah Panjang Mendaram, Awang Berandi Jamau dan Ketua Biro Wanita Rumah Panjang itu, Dayang Hensona Munah.

Rombongan diberikan taklimat mengenai sejarah rumah panjang berkenaan diikuti persembahan tarian tradisi Iban, Ngajat oleh penari-penari wanita manakala penghuni lelaki rumah panjang pula memainkan muzik tradisi.

Anak-anak warga British Garison turut sama menari Ngajat.
Anak-anak warga British Garison turut sama menari Ngajat.

Pelawat turut mencuba tarian tradisi dan menyaksikandemonstrasi kraf tangan anyaman yang disulam kaum wanita rumah panjang itu.

Menurut Berandi, lawatan itu merupakan lawatan perkumpulan paling ramai yang pernah datang untuk melawat ke rumah panjang tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA