Warga Brunei di Malaysia rai Hari Kebangsaan

Warga Brunei di Malaysia rai Hari Kebangsaan

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Tahun ini Negara Brunei Darussalam menyambut Hari Kebangsaannya yang ke-32 tahun pada 23 Februari yang lalu dan ia telah disambut oleh segenap lapisan masyarakat dan rakyat Brunei Darussalam sama ada yang berada di dalam mahupun di luar negara.

Begitu juga dengan rakyat negara ini yang sedang bekerja dan belajar di Semenanjung Malaysia turut tidak ketinggalan dalam sama-sama meraikan hari penuh bersejarah bagi Negara Brunei Darussalam.

Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32, 2016 berkenaan telah diadakan di Mayang Sari Grand Ballroom, Hotel Marriot, Kuala Lumpur, Malaysia pada malam 23 Februari baru-baru ini.

Majlis berkenaan merupakan anjuran Pejabat Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Kuala Lumpur, Malaysia dan hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohd Taha.

Pelajar Brunei Darussalam di Kuala Lumpur turut meraikan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-32.
Pelajar Brunei Darussalam di Kuala Lumpur turut meraikan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-32.

ARTIKEL YANG SAMA