Warga Brunei maut

Warga Brunei maut

Oleh Arissa

 

LIMBANG, 3 Mei – Seorang lelaki warga Brunei dan rakannya warga tempatan maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lagi kereta jenis SUV di kawasan Bambangan Tedungan petang ini.

Mangsa, Awang Pungut Tambah 59, warga Brunei dan Awang Ujan Osman, 53 warga Malaysia yang juga pemandu kereta terbabit, maut ditempat kejadian. Manakala pemandu kereta jenis SUV, Awang Morshidi Maseri yang juga warga Brunei, cedera parah dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

Ketua Bomba daqn Penyelamat Zon Limbang, Edmund Dmahai Amboh berkata, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang dari bandar Limbang ke Brunei dan manakala kereta yang sebuah lagi datang dari arah Brunei menuju ke Limbang.

Anggota bomba dan penyelamat bertungkus lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta. - Gambar oleh Arissa
Anggota bomba dan penyelamat bertungkus lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta. – Gambar oleh Arissa

Beliau berkata, hujan lebat yang turun ketika kejadian menyebabkan kereta SUV hilang kawalan dan terbabas ke kawasan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta mangsa menyebabkan kereta tersebut terbabas ke dalam parit di kawasan berkenaan.

“Seramai 12 anggota bergegas ke tempat kejadian melibatkan tiga buah kenderaan bomba sebaik menerima panggilan jam 1:32 petang semalam,” katanya.

Beliau menjelaskan jentera tiba 38 minit kemudian di lokasi kejadian di kawasan Kampung Bambangan yang jauhnya 39 kilometer dari pusat bandar.

Turut berada di lokasi ialah Ketua Balai Bomba Limbang Kurong Beki.

ARTIKEL YANG SAMA