Warga Brunei Press rai Syawal

Warga Brunei Press rai Syawal

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar Salawati Haji Yahya & Bahyiah Bakir

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Ogos– Brunei Press Sdn Bhd, hari ini, turut tidak ketinggalan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di akhir bulan Syawal ini bagi warganya yang berlangsung di Restoran Tarindak D’Seni, di ibu negara. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Eksekutif QAF Brunei, Albert Lau.

Para tetamu dialu-alukan Pengurus Besar Brunei Press, Reggie See dan turut hadir ialah Timbalan Pengurus Besar Brunei Press, Hazizah binti Osman.

Dalam majlis itu, warga syarikat disajikan dengan pelbagai hidangan yang menyelerakan.

Antara yang hadir di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Brunei Press Sdn Bhd di Restoran Tarindak D’Seni.
Antara yang hadir di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Brunei Press Sdn Bhd di Restoran Tarindak D’Seni.

ARTIKEL YANG SAMA