Warga Brunei Press rai terakhir Syawal

Warga Brunei Press rai terakhir Syawal

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Brunei Press Sdn Bhd tidak melepaskan peluang hari terakhir Syawal ini untuk mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi warganya yang berlangsung di Restoran Millennium, Beribi, hari ini.

Hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif QAF Group, Albert Lau; Pengarah (Bukan Eksekutif) Brunei Press Sdn Bhd, Dato Yusoff Abdul Hamid dan isteri.

Turut hadir ialah pihak pengurusan kanan Brunei Press dan QAF Group.

Ketibaan warga Brunei Press Sdn Bhd telah dialu-alukan oleh Pengurus Besar Brunei Press, Reggie See.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Reggie See menekankan mengenai dengan kepentingan mempunyai cara hidup yang sihat dalam persekitaran yang sukar. Katanya, bagi setiap pekerja yang mengamalkan kehidupan yang sihat serta memakan makanan yang sihat akan dapat memberikan dan menghasilkan mutu kerja yang lebih efisien serta meningkatkan prestasi kerja yang lebih tinggi.

Reggie See berkesempatan bergambar kenangan Hari Raya bersama Dato Yusoff Abdul Hamid dan isteri.
Reggie See berkesempatan bergambar kenangan Hari Raya bersama Dato Yusoff Abdul Hamid dan isteri.
Antara warga Brunei Press Sdn Bhd yang hadir meraikan Sambutan Hari Raya di Restoran Millennium.
Antara warga Brunei Press Sdn Bhd yang hadir meraikan Sambutan Hari Raya di Restoran Millennium.

pg12_160804_c

pg12_160804_d

pg12_160804_e

pg12_160804_f

pg12_160804_g

Menurut beliau lagi, tahun ini adalah sangat mencabar kerana negara telah berhadapan dengan keadaan ekonomi global yang tidak stabil yang menjejaskan perniagaan.

Beliau menyeru, dalam keadaan yang sukar ini, Brunei Press Sdn Bhd haruslah menegakkan nilai-nilai korporat, komitmen, integriti dan amanah untuk mencapai standard kualiti syarikat sebagai penerbit dan pencetak terkemuka di Negara Brunei Darussalam.

Majlis petang tadi itu dimeriahkan lagi dengan aktiviti cabutan bertuah di samping hidangan pelbagai juadah yang menyelerakan.

Sambutan ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga syarikat di samping menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya pada tahun ini.

ARTIKEL YANG SAMA