Warga BSC bersih tanah perkuburan

Warga BSC bersih tanah perkuburan

BELAIT, 15 Julai – Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini, Belait Shipping Company (BSC) telah mengadakan kempen membersihkan tanah perkuburan di Perkuburan Islam Pusara Naem, Kampung Lumut.

Mengepalai warga kerja BSC dalam kempen berkebajikan anjuran bersama Jabatan Pentadbiran BSC dan Jabatan Operasi BSC yang turut disertai para penduduk Kampung Lumut itu ialah Pegawai Kedua BSC, Mejar (B) Rosaini bin Haji Umar.

Kempen yang juga bertujuan untuk mengeratkan jalinan silaturahim dalam kalangan warga kerja BSC dan juga penduduk kampung itu bukan sahaja melibatkan kawasan tanah perkuburan tetapi juga laluan bagi memastikan keselesaan dan kemudahan para pelawat masuk ke kawasan tanah perkuburan.

Pengerusi Eksekutif BSC, Haji Awang bin Haji Ali dan warga kerja BSC turut mewakafkan pelbagai alat dan keperluan tanah perkuburan untuk kegunaan penduduk kampung dan para pelawat.

Kempen telah disudahi dengan bacaan Tahlil dan doanya untuk para arwah yang ditempatkan di perkuburan berkenaan, yang telah dipimpin dan dibacakan oleh Haji Rahim.

BSC sangat menitikberatkan kesihatan, alam sekitar dan tanggungjawab sosial korporat yang berdaya tahan dan telah menganjurkan banyak aktiviti dan program melibatkan masyarakat. – Hasrulraizan

Warga BSC membaca Tahlil selepas kempen kebersihan
Warga BSC membaca Tahlil selepas kempen kebersihan

ARTIKEL YANG SAMA