Warga Chennai bimbang air tasik melimpah

Warga Chennai bimbang air tasik melimpah

CHENNAI, India, 4 Dis (Reuters) – Para penduduk yang membawa anak-anak damit dan paket makanan melalui jalan-jalan raya yang dilanda banjir di Chennai, India hari ini, mengharungi air yang mencecah paras dada untuk sampai ke kawasan lebih tinggi menuju laluan lain bagi menyelamatkan anggota keluarga di tengah-tengah kebimbangan air tasik melimpah akan menyebarkan lebih banyak kemusnahan.

Selepas reda sebentar dari turunan hujan paling lebat dalam tempoh seabad yang telah mengorbankan kira-kira 280 orang minggu ini, satu lagi turunan hujan diramalkan melanda bandar pantai rendah dalam tempoh beberapa jam. Tetapi para pegawai berkata air tasik yang melimpah adalah kebimbangan utama.

“Hujan bukan masalah kini, air sungai yang melimpah keluar dan 30 tasik yang terus membanjiri empat buah daerah,” seorang pegawai kanan kementerian dalam negeri di New Delhi memberitahu Reuters.

V Raghunathan, 60, seorang pengurus di syarikat rekaan dalaman yang tinggal di selatan bandar pelabuhan dan perindustrian yang berkembang pesat, merungut tentang ketiadaan amaran sebelum pagar banjir dibuka.

“Pihak berkuasa tidak memberikan kami maklumat mencukupi tentang air yang dikeluarkan dari tasik berhampiran. Sebelum kami boleh bertindak. Kereta saya karam dan saya terpaksa berpindah ke tingkat pertama di pangsapuri saya.”

Anggota sukarelawan membantu memindahkan penduduk yang terjejas akibat banjir di kawasan perumahan di Chennai, India, pada 4 Disember 2015. – Agensi
Anggota sukarelawan membantu memindahkan penduduk yang terjejas akibat banjir di kawasan perumahan di Chennai, India, pada 4 Disember 2015. – Agensi

Helikopter tentera menggugurkan makanan kepada para penduduk yang terkandas di bumbung rumah di bandar keempat terbesar di India, sebelumnya dikenali sebagai Madras. Hari ini kementerian pertahanan menggandakan kepada 4,000 bilangan tentera yang dikerah untuk membantu usaha menyelamat.

Tetapi bantuan lambat sampai kepada ramai penduduk di bandar itu yang mempunyai enam juta penduduk, yang terkenal dengan industri automobil dan outsourcing IT, dengan sebilangan keluarga mencari tempat selamat di jejambat. Air tidak surut di beberapa kawasan yang teruk terjejas. Bekalan air minum dan minyak kurang, menurut para pegawai.

Pasukan penyelamat menggesa orang ramai supaya meninggalkan rantau-rantau yang dilanda banjir. Hanya bumbung di beberapa buah kampung masih dapat dilihat. Yang mana air telah surut, lumpur hitam dan sampah sarap berlonggok.

“Kami menghantar pakar-pakar teknikal dan jurutera yang akan mencari penyelesaian mengeluarkan air banjir. Ia perlu dikeluarkan kelak, tetapi kami tidak tahu bagaimana,” kata pegawai kementerian dalam negeri, yang tidak dibenarkan bercakap untuk direkodkan dan tidak mahu mendedahkan identitinya.

Terputus bekalan elektrik dan telefon bimbit tidak berfungsi kerana tidak ada elektrik dan tinggal dengan air najis tingkat bawah rumah selama tiga hari, konstabel polis Krishnaraj memasukkan isteri dan dua anak remaja perempuannya dalam pedati dan berjalan di dengan air pada paras lutut.

Dia akan berpindah ke rumah seorang rakan sekerja yang rumahnya telah kering.

ARTIKEL YANG SAMA