Warga Dewan Perniagaan India bertahlil di kubah

Warga Dewan Perniagaan India bertahlil di kubah

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jun – Ahli-ahli Dewan Perniagaan India hari ini tidak ketinggalan mengadakan Majlis Membaca Yasin, tahlil dan doa arwah bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Hadir di majlis itu ialah Yang Di-Pertua Dewan Perniagaan India, Nazeer Ahmed Zackiriah serta barisan jawatankuasa tadbir serta lebih 50 ahlinya.

Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Pembaca Kubah Makam Diraja, Haji Mohaimin bin Duraman.

Ahli Dewan Perniagaan India ketika bertahlil di Kubah Makam Diraja.
Ahli Dewan Perniagaan India ketika bertahlil di Kubah Makam Diraja.

Jurucakap Dewan Perniagaan India, Haji Hidayatullah bin Haji Tajuddin mengatakan tahun ini, dewan itu menjemput seorang imam dari Tamil Nadu, Haji Najumudden Al-Hafiz untuk memimpin solat Tarawih bagi ahli dewan perniagaan itu.

“Solat Tarawih bermula pada jam 10 malam di Masjid Mohammed Bolkiah Kampung Serusop khas untuk pekerja yang menamatkan waktu pekerjaan harian di bulan Ramadan ini pada jam 10 malam, dalam usaha memberikan mereka peluang untuk mengerjakan solat Tarawih berjemaah,” katanya.