Warga DST bantu lebih 120 keluarga susah

Warga DST bantu lebih 120 keluarga susah

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jun – Program Amal Ihsan Kasih Ramadan DST membuka tirai ekspedisinya baru-baru ini ke dua destinasi ke Ulu Belait dan Ulu Tutong.

Pada hari pertama perjalanan Ihsan Kasih Ramadan bermula di Daerah Belait melibatkan beberapa buah keluarga di kawasan Sukang, Melilas, Kukub Buau, Labi, Merangking dan Bukit Sawat.

Pada hari kedua ekspedisi diteruskan ke Daerah Tutong di kawasan Benutan, Kuala Ungar, Supon, Buit Sulang, Rambai dan Long Mayan.

Lebih 120 buah keluarga di keempat-empat daerah akan menerima sumbangan berupa barang keperluan dan makanan serta sumbangan daripada perseorangan di sepanjang Ramadan tahun ini.

Setakat ini 20 buah telah menerima sumbangan dan Ihsan Kasih Ramadan akan meneruskan lagi perjalanannya ke tujuh destinasi berlainan bermula 23 Jun 2015 ini nanti di Daerah Temburong dan Daerah Brunei dan Muara.

Ketua pegawai Eksekutif DST, Haji Suhaimi bin Haji Hussain menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.
Ketua pegawai Eksekutif DST, Haji Suhaimi bin Haji Hussain menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.
Warga DST bergambar ramai di salah sebuah lokasi kunjungan di Ulu Belait.
Warga DST bergambar ramai di salah sebuah lokasi kunjungan di Ulu Belait.

Pada minggu ketiga Ramadan nanti perjalanan terakhir akan dibuat oleh warga Ihsan Kasih Ramadan ke beberapa lagi kawasan di Daerah Belait dan Tutong.

Menurut Pengurus Komunikasi Korporat Kumpulan DST, Elixsurian Hj Busu Ihsan Kasih Ramadan adalah program yang menggalakkan apatah lagi dengan penglibatan banyak pihak di dalam DST untuk menjayakan program itu.

“Tahun ini DST meningkatkan jumlah penerima daripada 100 ke 120 dan ia bertujuan untuk memberikan ruang dan peluang kepada mereka yang memerlukan ini menikmati Ramadan dan hari lebaran dengan selesa,” ujarnya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA