Warga emas didakwa beri rasuah

Warga emas didakwa beri rasuah

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jun – Seorang warga emas yang mengaku tidak bersalah kerana memberi rasuah kepada seorang pegawai pendidikan pada 2013, akan dibicarakan pada 27 hingga 30 Mac 2017.

Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain menetapkan tarikh perbicaraan itu ke atas Haji Duraman bin Talip, 60, yang didakwa memberi rasuah $250 kepada pegawai tersebut sebagai ganjaran untuk mendapatkan kelulusan berhubung permohonan melanjutkan permit bekalan perkhidmatan bot.

pg06_160609_mahkamah logo2

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Seksyen Pengangkutan dan Kenderaan, Jabatan Pentadbiran, Kementerian Pendidikan di Pusar Ulak, pada 26 Mac 2013. Dia didakwa mengikut Seksyen 6(b) Akta Pencegahan Rasuah, Penggal 131, dihukum di bawah Seksyen 7 yang sama, yang boleh membawa denda $30,000 dan juga 10 tahun penjara.

Majistret Kanan melanjutkan tempoh ikat jamin tertuduh.

ARTIKEL YANG SAMA