Warga emas di...

Warga emas didakwa tipu 2 individu

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Feb – Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dakwaan menipu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Pengiran Hussin bin Pengiran Sulaiman, 63, yang didakwa menipu dua individu dalam kejadian berasingan menerusi skim pelaburan pada Februari 2015 dan Disember 2016.

Pengiran Hussin didakwa memperolehi $2,000 dan $500 daripada dua individu yang ditipunya.

Dia didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Farhanah binti Pehin Dato Haji Suhaili membuat permohonan supaya tertuduh ditahan reman selama seminggu untuk membantu polis menjalankan penyiasatan.

Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin menetapkan 20 Februari untuk kes disebut semula.

ARTIKEL YANG SAMA