Warga emas hilang cari rotan ditemukan anaknya

Warga emas hilang cari rotan ditemukan anaknya

BINTANGOR, 22 Jun (Bernama) – Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di hutan berhampiran kawasan penempatan semula Sungai Meradong dekat sini, lewat petang semalam, berjaya ditemukan hari ini.

Unat Kachang, 76, yang hilang ketika mencari rotan, ditemukan anaknya yang menyertai penduduk kampung serta pasukan Bomba dan Penyelamat Bintangor dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa, kira-kira 8:36 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Beluling berkata mangsa berada dalam keadaan lemah ketika ditemukan kira-kira satu kilometer daripada pos kawalan operasi mencari dan menyelamat itu.

Beliau berkata mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.