Warga emas hilang ditemui

Warga emas hilang ditemui

Oleh Arissa

 

LIMBANG, 25 Sept – Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika mencari asam Kelumbi, berjaya ditemui dalam keadaan lemah dan tidak berdaya di tebing sungai berhampiran Kampung Pangkalan Rejab pagi semalam.

Timbang Serail 68, yang pekak dan bisu  ditemui duduk tersandar di tebing sungai sekitar jam 10.22 pagi ketika usaha mencari digandakan oleh anggota bomba, Angkatan  Pertahanan  Awam Malaysia (APM)  Daerah Limbang dan penduduk kampung sejak Khamis lepas.

Pegawai Bomba Kanan Dua Mohamad Ali Mohd Salleh ketika ditemui memberitahu Timbang ditemui masih memakai pakaian yang dipakainya ketika keluar ke hutan pagi Khamis lepas iaitu baju dan seluar panjang berwarna hitam.

TERIMA RAWATAN..Mohamad (dua kiri) bersama anggota polis dan APM membawa Timbang (tiga kiri) ke hospital.
TERIMA RAWATAN..Mohamad (dua kiri) bersama anggota polis dan APM membawa Timbang (tiga kiri) ke hospital.

“Kita berjaya menemui Timbang  yang duduk di tebing sungai  ketika menjalankan aktiviti mencari menggunakan perahu pagi ini (semalam),”katanya.

Jelas Mohamad lagi sebaik ditemui Timbang dipapah masuk ke dalam perahu dan diberikan sebotol air minuman bagi menghilangkan dahaga.

Menurut sepupu Timbang, Durahman Bakar, 66, ia merupakan kehilangan kali ketiga yang menimpa Timbang ketika keluar ke hutan untuk mencari buah kegemarannya asam Kelumbi.

ARTIKEL YANG SAMA