Warga emas, ibu tunggal terima sumbangan PPPBD

Warga emas, ibu tunggal terima sumbangan PPPBD

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Julai – Seramai enam warga emas dan ibu tunggal yang terpilih, hari ini, menerima sumbangan daripada ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) bagi meringankan beban mereka dalam membuat persiapan menyambut Syawal. Penyampaian sumbangan pada majlis yang berlangsung di ibu pejabat persatuan berkenaan telah disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Hajah Siti Hafsah binti Haji Abdul Halim dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Hajah Viviyanti binti Haji Aji.

Turut hadir menyaksikan penyerahan sumbangan itu, Naib Yang Di-Pertua Sepanjang Hayat PPPBD, Datin Hajah Masni binti Haji Aji. Bagi memberkati majlis berkenaan, bacaan surah Al-Fatihah telah dipimpin oleh Pesuruhjaya Kerohanian PPPBD, Hajah Fatimah binti Haji Abdul Ghani.

Majlis berkenaan merupakan kesinambungan daripada kegiatan kemasyarakatan yang diungkayahkan oleh persatuan menjelang Sambutan Hari Kemasyarakatan persatuan berkenaan pada 26 Julai ini.

Hajah Siti Hafsah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.
Hajah Siti Hafsah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

ARTIKEL YANG SAMA