Warga emas jual alkohol, dirotan

Warga emas jual alkohol, dirotan

BANDA ACHEH, Indonesia, 13 April (AFP) – Seorang wanita berusia beragama Kristian dirotan di wilayah konservatif Indonesia kerana menjual alkohol, kali pertama seseorang yang bukan beragama Islam telah dihukum di sana di bawah undang-undang ketat agama.

Wanita berusia 60 tahun itu dirotan hampir 30 kali di hadapan orang ramai yang bilangan mereka beratus-ratus di wilayah Aceh semalam, menurut seorang pegawai, bersama-sama satu pasangan yang akan menerima 100 sebatan kerana berzina.

Aceh adalah satu-satunya wilayah di negara yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam yang melaksanakan hukuman syariah dan merotan di khalayak ramai ke atas mereka yang melanggar kanun-kanun Islam dan kerap menarik perhatian ramai orang.

Mereka yang didapati melakukan zina, hubungan sesama jenis, minum arak dan malah bercampur gaul dengan anggota yang tidak berkahwin dari jantina bertentangan boleh berdepan dengan hukuman rotan.

Meskipun undang-undang itu hanya ditujukan kepada penganut Islam, undang-undang kecil yang berkuat kuasa lewat tahun lalu membenarkan peraturan syariah untuk digunakan kepada yang bukan beragama Islam dalam situasi tertentu, Lili Suparli, pegawai kanan di pejabat pendakwa Tengah Aceh memberitahu AFP.

“Ini adalah hukuman rotan pertama ke atas yang bukan beragama Islam, yang dihukum di bawah undang-undang kecil jenayah Islam,” ujarnya, dengan merujuk kepada hukuman ke atas wanita beragama Kristian itu.

ARTIKEL YANG SAMA