Warga emas maut diserang khinzir liar

Warga emas maut diserang khinzir liar

ROM, 9 Ogos (Reuters) – Seorang lelaki warga Itali berusia 77 tahun dibunuh oleh sekawan khinzir liar semalam ketika beliau cuba mempertahankan anjing peliharaannya daripada serangan haiwan berkenaan berhampiran kediamannya di Sicily, lapor polis tempatan.

Salvatore Rinaudo sedang berjalan bersama anjingnya di kawasan desa di luar bandar Cefalu, berhampiran ibu negeri Palermo di Sicily, apabila beliau diserang dan digigit sehingga mati meskipun usaha isterinya untuk menyelamatkan beliau, kata polis.

Isteri mangsa turut mengalami kecederaan parah dalam serangan haiwan liar berkenaan, yang setiap seekor mencapai berat sehingga 150 kilogram.

Datuk Bandar Cefalu berkata beliau berulang kali memberi amaran mengenai populasi khinzir liar tetapi gesaannya agar dilakukan pemusnahan ditolak oleh pihak berkuasa wilayah.

Pelobi pertanian Itali Coldiretti menyifatkan peningkatan populasi khinzir liar yang tidak terkawal serta memusnahkan tanaman, membunuh haiwan ternakan, menyebabkan nahas jalan raya dan meningkatkan risiko ke atas nyawa manusia sebagai “kecemasan kebangsaan,”.

“Ia bukan lagi soal tuntutan bagi kerosakan, malah sudah menjadi persoalan bagi keselamatan orang ramai yang tinggal di negara ini,” kata Coldiretti dalam satu kenyataan.

ARTIKEL YANG SAMA