Warga emas maut kemalangan jalan raya

Warga emas maut kemalangan jalan raya

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Okt – Seorang warga emas maut dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di kawasan jalan Kampung Wasan berdekatan selekoh dan ladang padi, kelmarin. Balai Polis Limau Manis menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan melibatkan dua buah kenderaan itu pada jam 6:35 petang.

Menurut kenyataan polis, mangsa warga tempatan berusia 83 tahun berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala itu, seorang lagi pemandu, lelaki tempatan berusia 33 tahun, dikejarkan ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) akibat kecederaan di bahagian dada dan bahu. Punca kejadian masih dalam siasatan polis.