Warga emas perlukan keselesaan

Warga emas perlukan keselesaan

SAYA amat bersimpati dengan warga emas yang membuat perjumpaan dengan pakar dan doktor di Klinik Kesihatan Pekan Muara. Rata-rata mereka menyuarakan agar kesejahteraan mereka diambil peduli.

Mereka juga mengharapkan agar pengawal keselamatan dapat memberikan nombor kepada mereka yang mahu berjumpa dengan doktor sebagai pesakit luar dan yang membuat temu janji untuk perjumpaan sebelum memasuki pintu utama dan menyimpan kad masing-masing ke dalam kotak menyimpan kad di atas kaunter, kata mereka.

Ada juga wanita tua yang datang seawal 6.30 pagi memberitahu bahawa mereka mendapati tidak ada tandas awam di bahagian luar.

Semua cetusan perasaan menjadi perbualan mereka semasa menunggu pintu utama dibuka pada jam 7:45 pagi oleh dua orang jururawat yang bertugas pada waktu pagi itu.

Rahmat bin Haji Abdul Rahman

ARTIKEL YANG SAMA