Warga emas rasuah pegawai pendidikan

Warga emas rasuah pegawai pendidikan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160523_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mei – Seorang warga emas yang berdepan pertuduhan memberi rasuah kepada seorang pegawai pendidikan pada 2013 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, semalam.

Haji Duraman bin Talip, 60, didakwa memberi rasuah $250 kepada pegawai tersebut sebagai ganjaran untuk mendapatkan kelulusan berhubung permohonan melanjutkan permit bekalan perkhidmatan bot.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Seksyen Pengangkutan dan Kenderaan, Jabatan Pentadbiran, Kementerian Pendidikan di Pusar Ulak, pada 26 Mac 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6(b) Akta Pencegahan Rasuah, Penggal 131, dihukum di bawah Seksyen 7 yang sama, yang boleh membawa denda $30,000 dan juga 10 tahun penjara.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menetapkan 8 Jun untuk perbicaraan seterusnya, dan melanjutkan tempoh ikat jamin defendan.

ARTIKEL YANG SAMA