Warga emas terima hidayah

Warga emas terima hidayah

KUALA BELAIT, 16 Okt – Ternyata, usia lanjut tidak menghalang seorang warga emas mendalami agama Islam apabila Awang Muhammad Daim Dilang bin Abdullah Sarau diberikan hidayahNya dalam usia 85 tahun.

Beliau yang merupakan penduduk RPN Kampung Pandan B, berasal dari Kampung Sukang Labi, memeluk agama Islam, kelmarin, di Dewan Dakwah Pejabat Unit Dakwah, Daerah Belait.

Selepas majlis itu, beliau diraikan pada majlis doa selamat dan doa kesyukuran, malam tadi, yang turut dihadiri oleh Ketua Kampung Pandan B, Haji Abdul Malek bin Abu Bakar yang seterusnya menyempurnakan penyampaian cenderahati sumbangan Majlis Perundingan Kampung Pandan B.

Haji Abdul Malek menyampaikan cenderahati kepada saudara baru, Awang Muhammad Daim Dilang.
Haji Abdul Malek menyampaikan cenderahati kepada saudara baru, Awang Muhammad Daim Dilang.

ARTIKEL YANG SAMA