Warga emas terima sumbangan kerusi roda

Warga emas terima sumbangan kerusi roda

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mac – Seorang warga emas telah menerima sumbangan kerusi roda hasil daripada kutipan derma para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung di Daerah Brunei dan Muara.

Majlis penyampaian sumbangan kepada Hajah Norfah binti Haji Musa, yang merupakan ibu kepada Ketua Kampung Wasan, Mukim Pengkalan Batu, Awang Mat Noor bin Ma’arof, telah diadakan di Jabatan Daerah Brunei dan Muara, hari ini.

Sumbangan telah disampaikan oleh Haji Abdullah bin Haji Halus bagi mewakili para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung Daerah Brunei dan Muara.

Haji Abdullah ketika menyerahkan sumbangan kerusi roda tersebut.
Haji Abdullah ketika menyerahkan sumbangan kerusi roda tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA