Warga Filipina ambil dadah didenda

Warga Filipina ambil dadah didenda

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160525_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mei – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi denda $2,300 ke atas seorang lelaki warga Filipina selepas mengaku bersalah terhadap kesalahan dadah pada 2014. Benjamin Day Pata, 38, didakwa mengambil dan memiliki peralatan dadah ketika diberkas oleh sepasukan Biro Kawalan Narkotik pada 25 November 2014 di kediaman pekerja di kawasan Berakas.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli bagaimanapun memberi tempoh dua bulan kepada defendan untuk membayar denda itu, dan jika gagal berdepan dua bulan penjara.

Pegawai Pendakwa Narkotik, Ainorazimah binti Haji Zabidi dalam fakta kes menyebut, sampel air kencing yang diambil daripada defendan setelah dianalisis didapati mengandungi Methylamphetamine.

Defendan mengaku telah mengambil ‘syabu’ tiga hari sebelum diberkas.

ARTIKEL YANG SAMA