Warga Filipina sambut Hari Kemerdekaan ke-118

Warga Filipina sambut Hari Kemerdekaan ke-118

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Rakyat Republik Filipina di seluruh dunia meraikan Hari Kemerdekaan ke-118 negara mereka dengan penuh meriah dan bagi rakyat Filipina yang bekerja dan menetap di Brunei, acara sambutan diadakan di Kedutaan Republik Filipina di Jalan Kebangsaan, di sini, hari ini.

Acara sambutan bermula dengan Majlis Menaikkan Bendera Filipina yang dihadiri oleh Duta Besar Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Meynardo LB. Montealegre serta jemputan-jemputan lainnya yang terdiri daripada rakyat Filipina yang bekerja dan menetap di Brunei.

Ini diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan Republik Filipina.

Meynardo pada ucapannya menyeru rakyat Filipina yang bertugas dan menetap di Brunei untuk menghayati tema sambutan Hari Kemerdekaan untuk bekerjasama bagi meningkatkan keamanan serta kemakmuran negara.

Meynardo menyampaikan ucapannya pada majlis berkenaan.
Meynardo menyampaikan ucapannya pada majlis berkenaan.
Antara warga Filipina  yang menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan ke-118 negara itu kelmarin.
Antara warga Filipina yang menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan ke-118 negara itu kelmarin.

Beliau berkata semangat bersepadu itu amat penting dan rakyat Filipina harus bekerjasama untuk mengeratkan lagi hubungan persahabatan dan kerjasama di antara Brunei dan Filipina dalam mencapai matlamat bersama iaitu untuk membina sebuah masyarakat yang bersepadu dan penyayang di rantau Asia Tenggara.

Pada majlis itu, para hadirin berpeluang untuk mendengar perutusan hari kemerdekaan daripada Presiden Republik Filipina, Benigno S.Aquino III yang dibacakan oleh Meynardo.

Selepas majlis menaikkan bendera, Meynardo turut menyampaikan sijil penghargaan kepada ahli masyarakat Filipina yang banyak menyumbang bakti kecemerlangan dalam bidang masing-masing di Brunei.

Majlis turut diserikan lagi dengan Pameran Seni dan Khazanah Anyaman Filipina dimana pelbagai barangan kraf tangan anyaman daripada pelbagai wilayah di Filipina dipamerkan untuk dihayati oleh para pengunjung di majlis berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA