Warga Filipina terima hidayah

Warga Filipina terima hidayah

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Syiar Islam di negara ini terus berkembang apabila seorang perempuan warga Filipina melafazkan dua kalimah syahadah dan ikrar pengislaman dalam majlis yang berlangsung di Bangunan Darul Huda, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), di sini.

Pengislaman Meralyn Besina Cuesta, 28, telah memilih nama Islamnya sebagai Nur Zaafira binti Abdullah Cuesta telah disempurnakan oleh pegawai Unit Pengislaman dan Bimbingan Saudara Baru.

Majlis turut diserikan dengan laungan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai kepada saudara baru yang diraikan.

Menurut kenyataan PDI, sepanjang tahun lalu seramai 517 orang telah memeluk agama Islam, manakala itu, dari Januari hingga Jun tahun ini, seramai 273 orang saudara baru telah dicatatkan, dengan Daerah Brunei dan Muara mencatatkan seramai 136 orang.

ARTIKEL YANG SAMA