Warga GARDA BMI sokong derma darah

Warga GARDA BMI sokong derma darah

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Sept – Kira-kira 160 orang ahli Gabungan Aliansi Rakyat Daerah Buruh Migran Indonesia (GARDA BMI) telah mendermakan darah mereka di Pusat Menderma Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), baru-baru ini.

Ketua GARDA BMI, Aldi Abdurrohman semasa ditemui menjelaskan bahawa aktiviti menderma darah itu merupakan kali ketiga yang dikendalikan persatuan tersebut sebagai amal jariah warga Indonesia yang bekerja di negara ini dalam membantu menambah simpanan darah di Pusat Pendermaan Darah, di sini.

Aktiviti ini, jelasnya, juga merupakan salah satu acara dalam program mereka yang dikenali sebagai ‘Program Abadi’ di mana ia akan sentiasa berjalan sampai bila-bila selagi warga Indonesia masih berkhidmat di negara ini.

Ia juga akan dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga Indonesia yang bekerja di negara ini dengan penduduk Brunei Darussalam, dan dengan menyumbangkan darah di negara ini juga merupakan salah satu cara meluahkan rasa berterima kasih mereka diterima bekerja di Brunei, tambah beliau.

Gambar ramai GARDA BMI yang mengikuti derma darah itu.
Gambar ramai GARDA BMI yang mengikuti derma darah itu.

ARTIKEL YANG SAMA