Warga Gonzales berganding bahu selepas alami banjir teruk

Warga Gonzales berganding bahu selepas alami banjir teruk

GONZALES, La, 21 Ogos – Kerosakan sebuah kedai membaiki kereta yang mencecah sehingga AS$150,000 dalam bencana banjir di tenggara Louisiana dan tiada jaminan insurans banjir, Lap Nguyen tidak pasti bagaimana dia akan meneruskan hidupnya.

Dia menghabiskan beberapa hari lepas membersihkan kedai pembaikan keretanya yang terletak 20 batu ke tenggara Louisiana, dan bingung tentang langkah yang perlu dilakukannya.

“Saya belum membawa perkara ini kepada pihak bank lagi. Kami datang ke sini untuk membersihkannya selepas banjir yang dialami,” katanya dalam satu temu bual telefon.

Beribu-ribu penduduk Louisiana Selatan yang lain, terpaksa berhadapan dengan kotoran yang tidak menyenangkan selepas hujan lebat telah menenggelami sistem saliran, termasuk sungai dan anak sungai.

Perabut yang dilihat ditinggalkan di tepi jalan di Baton Rouge, Amerika Syarikat, 20 Ogos, 2016. Banjir yang teruk disebabkan oleh hujan lebat melanda bahagian selatan negeri AS di Louisiana. – Xinhua
Perabut yang dilihat ditinggalkan di tepi jalan di Baton Rouge, Amerika Syarikat, 20 Ogos, 2016. Banjir yang teruk disebabkan oleh hujan lebat melanda bahagian selatan negeri AS di Louisiana. – Xinhua

Para penduduk mula berganding bahu dalam sama-sama membersihkan, membina semula, dan mencari tempat untuk meneruskan hidup selepas insiden banjir yang mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang itu.

Dianggarkan 60,000 rumah mengalami kerosakan, tetapi angka itu dijangka akan meningkat lagi, jurucakap Pejabat Gabenor Keselamatan Dalam Negeri dan Kesediaan Kecemasan, Mike Steele berkata petang semalam. Beliau berkata, 102,000 orang telah mendaftar untuk mendapatkan bantuan persekutuan.

Beberapa rumah ditenggelami air sehingga mencecah atap rumah mereka.

Anggarannya untuk nilai dolar: “Sekurang-kurangnya lebih da-ripada AS$100,000, Mungkin juga sekitar AS$150,000”. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA