Warga Hengyi bersih pantai Pulau Muara Besar

Warga Hengyi bersih pantai Pulau Muara Besar

pg09_151113_d

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Nov – Kira-kira 30 orang warga pengurusan kanan dan kakitangan Hengyi Industries, baru-baru ini, telah bergotong-royong membersihkan pantai bahagian tenggara Pulau Muara Besar dalam kempen ‘Keep Brunei Clean’.

Menurut kenyataan Hengyi Industries, inisiatif ini merupakan acara tahunan yang bertujuan memupuk sikap kebertanggungjawaban dalam kalangan kakitangan Hengyi mengenai keperluan untuk mengekalkan kebersihan dan ketenangan kawasan sekitar.

Timbalan Pengarah Pasukan Pengurusan Projek Bersepadu Hengyi, Shen Xiao Fei berkata, melindungi alam sekitar adalah penting kepada Hengyi.

“Brunei merupakan sebuah negara yang cantik dan bersih, dan kami ingin memainkan peranan dalam memastikan ia kekal begitu. Ia merupakan tanggungjawab semua orang termasuk Hengyi untuk memastikan pantai-pantai sekitar pulau dan seluruh Brunei sentiasa bersih,” ujarnya.

ARTIKEL YANG SAMA