Warga hospital Tutong turut adakan Majlis Kesyukuran Puja Usia

Warga hospital Tutong turut adakan Majlis Kesyukuran Puja Usia

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 16 Feb – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong petang tadi turut mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ke-42 tahun di Surau As-Salam, Hospital PMMPMHAMB, Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi.

Majlis didahului dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah dan diikuti dengan sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yasin dan Tahlil beramai-ramai.

Majlis juga diisi dengan bacaan doa khas sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia yang dipimpin oleh Guru Ugama Hospital PMMPMHAMB, Pengiran Haji Radiman bin Pengiran Haji Tengah dan seterusnya sembahyang Fardu Isyak berjemaah.

Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain menyertai Majlis Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah yang ke-42 tahun di Surau As-Salam, Hospital PMMPMHAMB, Tutong.

Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Zakaria bin Haji Serudin, timbalan-timbalan setiausaha tetap, para pengarah dan pegawai kanan Kementerian Kesihatan serta pegawai dan kakitangan hospital berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA