Warga India ditahan atas serangan jenayah

Warga India ditahan atas serangan jenayah

NEW DELHI, 29 Mei – Polis telah menahan dua warga India yang dikatakan oleh mereka menyerang enam warga Afrika di New Delhi tatkala misi diplomatik Afrika menggesa kerajaan India supaya memastikan keselamatan warga Afrika yang menetap di negara itu.

Pegawai polis Ishwar Singh berkata orang yang ditahan sedang disiasat atas dakwaan intimidasi dan serangan jenayah.

Singh berkata hari ini dua pergelutan pada malam Khamis bukan serangan bersifat perkauman tetapi merupakan kejadian berasingan yang dicetuskan oleh bantahan terhadap meminum minuman keras dan muzik kuat oleh warga Afrika.

Warga Afrika berkata mereka dianiayai dan diserang oleh perusuh. Seminggu sebelumnya, seorang pelajar dari Congo diserang di New Delhi ekoran satu perbalahan untuk mendapatkan lanca bermotor. – AP

ARTIKEL YANG SAMA