Warga India kena penjara, sebat

Warga India kena penjara, sebat

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Kerana tinggal di Brunei Darussalam melebihi tempoh yang ditetapkan, seorang lelaki India dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Pemangku Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Nesar Ahmad, 48, yang menghadapi pertuduhan tinggal di negara ini selama 396 hari sejak pas imigresennya mansuh pada 25 April 2014.

Mahkamah diberitahu bahawa tertuduh memasuki negara ini pada 26 September 2013 di bawah permit kerja yang sah sehingga 30 Julai 2014 bagaimanapun telah melarikan diri daripada majikannya antara Januari hingga Februari 2014.

Pada 17 April 2014, syarikat tempat tertuduh bekerja membatalkan pas kerja tertuduh dan mengarahkannya untuk meninggalkan negara ini sebelum 24 April 2014.

Majikannya telah menyerahkan pasport tertuduh kepada unit penguatkuasaan imigresen di mana tertuduh pada 25 Mei 2015 telah menyerah diri ke unit penguatkuasaan imigresen, dan meminta pasportnya untuk dikembalikan.