Warga Indonesia didakwa miliki bahan pengganas

Warga Indonesia didakwa miliki bahan pengganas

PONTIAN, 29 Dis – Seorang lelaki warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki bahan mempunyai kaitan dengan perbuatan pengganas awal bulan ini.

Ihsan, 31, didakwa memiliki sebuah telefon bimbit yang mengandungi bahan berkaitan kumpulan pengganas IS iaitu 196 imej dan 200 video berunsur kumpulan pengganas dan perbuatan pengganas IS.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Parit Abdul Rahman, Benut, dekat sini, pada 12.05 tengah hari, 1 Dis lepas mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak terhadap mana-mana barangan tersebut jika sabit kesalahan. – Bernama

Ihsan didakwa memiliki sebuah telefon bimbit yang mengandungi bahan berkaitan kumpulan pengganas IS iaitu 196 imej dan 200 video berunsur kumpulan pengganas dan perbuatan pengganas IS. – Bernama
Ihsan didakwa memiliki sebuah telefon bimbit yang mengandungi bahan berkaitan kumpulan pengganas IS iaitu 196 imej dan 200 video berunsur kumpulan pengganas dan perbuatan pengganas IS. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA