Warga Indones...

Warga Indonesia dihadapkan ke mahkamah

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jan – Seorang lelaki warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan tidak memiliki pas yang sah untuk masuk ke negara ini.

Adam yang berusia 32 tahun mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin.

Dia didakwa oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Atiyyah binti PD Haji Abas mengikut Seksyen 15 (1) Akta Imigresen, Penggal 17 yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada tiga bulan dan tidak melebihi daripada dua tahun serta tidak kurang daripada tiga sebatan.

Majistret Kanan menetapkan 30 dan 31 Januari untuk tertuduh dibicarakan.

ARTIKEL YANG SAMA