Warga Institut Pengajian Tinggi pamer semangat patriotic

Warga Institut Pengajian Tinggi pamer semangat patriotic

Oleh Siti Nur Wasimah S,

Yusrin Junaidi & Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Feb – Institusi-institusi pengajian tinggi di negara ini turut menunjukkan semangat patriotik mereka dalam menyemarakkan Sambutan Ulang Tahun Kebangsaan ke-32 dengan mengadakan Majlis Menaikkan Bendera.

Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah mengadakan majlis seumpamanya di hadapan Dewan Canselor, UBD dan dihadiri oleh Naib Canselor UBD, Datin Dr. Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz selaku tetamu kehormat majlis.

Upacara telah didahului dengan penyerahan bendera kebangsaan oleh naib canselor kepada anggota Pasukan Kadet Angkatan Bersenjata Diraja Brunei UBD untuk dinaikkan dengan diiringi nyanyian lagu kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’.

Majlis turut diserikan dengan nyanyian lagu patriotik Negara Brunei Darussalam oleh kesemua kakitangan dan pelajar yang hadir semasa upacara pagi tadi itu.

Datin Dr. Hajah Anita Binurul Zahrina ketika menyerahkan bendera negara kepada salah seorang Kadet Angkatan Bersenjata Diraja Brunei UBD.
Datin Dr. Hajah Anita Binurul Zahrina ketika menyerahkan bendera negara kepada salah seorang Kadet Angkatan Bersenjata Diraja Brunei UBD.
Upacara menaikkan bendera bagi UBD diadakan di hadapan Dewan Canselor, UBD.
Upacara menaikkan bendera bagi UBD diadakan di hadapan Dewan Canselor, UBD.
Naib Canselor ITB (tengah), bergambar ramai bersama Pasukan Kadet Tentera ITB selepas Majlis Menaikkan Bendera di Kampus ITB.
Naib Canselor ITB (tengah), bergambar ramai bersama Pasukan Kadet Tentera ITB selepas Majlis Menaikkan Bendera di Kampus ITB.
Dr. Haji Norarfan menyerahkan bendera kebangsaan kepada salah seorang kadet tentera.
Dr. Haji Norarfan menyerahkan bendera kebangsaan kepada salah seorang kadet tentera.
Kadet Tentera UNISSA ketika menaikkan bendera negara.
Kadet Tentera UNISSA ketika menaikkan bendera negara.
Pemangku Ra’es KUPU SB, hadir pada Majlis Menaikkan Bendera.
Pemangku Ra’es KUPU SB, hadir pada Majlis Menaikkan Bendera.
Perbarisan lalu dengan membawa bendera negara daripada warga KUPU SB.
Perbarisan lalu dengan membawa bendera negara daripada warga KUPU SB.
Warga KUPU SB yang turut hadir memeriahkan Majlis Menaikkan Bendera.
Warga KUPU SB yang turut hadir memeriahkan Majlis Menaikkan Bendera.
Awang Alias bergambar ramai bersama mereka yang terlibat dalam upacara menaikkan bendera di hadapan bangunan utama kampus Politeknik Brunei, Jalan Ong Sum Ping.
Awang Alias bergambar ramai bersama mereka yang terlibat dalam upacara menaikkan bendera di hadapan bangunan utama kampus Politeknik Brunei, Jalan Ong Sum Ping.

Institut Teknologi Brunei (ITB) pula mengadakan majlis serupa di kampusnya yang dihadiri oleh Naib Canselor ITB, Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman selaku tetamu kehormat dan turut dihadiri oleh para pegawai kanan, pensyarah, kakitangan dan para pelajar institusi berkenaan.

Upacara menaikkan bendera yang diserahkan oleh Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah disempurnakan oleh anggota Kadet Tentera ITB dengan iringan nyanyian lagu kebangsaan beramai-ramai.

Majlis kemudian turut diserikan dengan nyanyian lagu patriotik ‘Tekad Kemerdekaan’ beramai-ramai.

Turut mengadakan upacara menaikkan bendera, hari ini, ialah Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang berlangsung di perkarangan universiti berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal.

Turut hadir ialah Timbalan Rektor, Dr. Haji Mohd Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, penolong rektor, para pegawai utama, dekan dan timbalan-timbalan dekan, para pengarah, pegawai dan kakitangan UNISSA.

Dengan diiringi nyanyian lagu kebangsaan, bendera negara dinaikkan oleh anggota Kadet Tentera UNISSA.

Upacara seumpamanya di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) pula telah dikendalikan oleh Exco Beruniform, Majlis Persatuan Pelajar yang berlangsung di hadapan Bangunan Pentadbiran KUPU SB.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Ra’es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar.

Majlis dimulakan dengan perbarisan lalu pembawa bendera besar Negara Brunei Darussalam, wakil-wakil warga KUPU SB serta mahasiswa-mahasiswi KUPUSB.

Tetamu kehormat kemudian menyerahkan bendera kepada anggota Pasukan Kadet Bomba KUPU SB untuk dinaikkan dan dikibarkan dengan iringan lagu kebangsaan dan laungan takbir ‘Allahu Akhbar’ sebanyak tiga kali yang diketuai oleh tetamu kehormat.

Pada majlis itu juga, Dr. Haji Adanan turut menyempurnakan pengagihan bendera kepada wakil-wakil dekan bagi setiap fakulti di KUPU SB, bahagian pentadbiran, wakil-wakil persatuan dan pusat KUPU SB, wakil mahasiswa-mahasiswi serta wakil Majlis Persatuan Pelajar.

Sebuah lagi institusi pengajian tinggi yang turut mengadakan majlis penuh patriotik itu ialah Politeknik Brunei yang diadakan di hadapan bangunan kampus utama Politeknik Brunei di Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku tetamu kehor mat majlis ialah Pemangku Penolong Pengarah Politeknik Brunei, Awang Alias bin Haji Abu Bakar. Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Pemerintah Pasukan Kadet Tentera, Kapten Hasnan bin Haji Manan.

Majlis anjuran Majlis Pelajar-pelajar Politeknik Brunei dengan usaha sama Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Pusat Perkembangan dan Inovasi Pelajar serta Pasukan Kadet Tentera Politeknik Brunei ini turut dihadiri semua warga Politeknik Brunei termasuklah ketua-ketua jabatan dan sekolah, para pensyarah, kakitangan dan pelajar-pelajar.

Upacara menaikkan bendera telah dilaksanakan oleh anggota Pasukan Kadet Tentera Politeknik Brunei dengan diiringi nyanyian lagu kebangsaan dan diserikan lagi dengan nyanyian lagu patriotik ‘Berkibarlah Bendera’ dengan penuh bersemangat.

Majlis seumpama ini bukan sahaja memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32 malahan diharap dapat meningkatkan penghayatan terhadap kemerdekaan tanah air serta mengukuhkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi yang bakal memimpin negara pada masa depan.

ARTIKEL YANG SAMA