Warga Iran mula undian pusingan kedua

Warga Iran mula undian pusingan kedua

ROBAT KARIM, Iran, 29 April – Warga Iran mula mengundi hari ini dalam pilihan raya pusingan kedua bagi hampir kebanyakan suku kerusi parlimen, pertembungan politik terbaru antara ahli reformis dan konservatif yang mencari pengaruh pada masa hadapan negara itu.

Pengundian itu akan memutuskan siapa yang lebih berkuasa apabila ahli perundangan mengangkat sumpah bulan depan, pembukaan atau penutupan satu laluan kepada perubahan politik dan sosial yang terbatas dalam republik sosial itu.

Reformis – yang mahukan Iran untuk menerima pelaburan asing, menyokong langkah bagi pemulihan hubungan baik diplomatik lebih besar dan mencari reformasi sosial di negara sendiri – adalah bersekutu dengan kerajaan Presiden Hassan Rouhani dan mereka mendapat kemajuan besar dalam pusingan pertama pengundian pada 26 Februari.

Undian itu muncul hanya enam minggu selepas pengimplementasian perjanjian nuklear Tehran dengan kuasa dunia yang membatalkan sekatan ekonomi panjang yang disalahkan bagi kepincangan ekonomi.

Stesen pengundian dibuka pada jam 8 pagi (0330 GMT) hari ini bagi pusingan kedua yang mengambil tempat di 21 wilayah, namun bukan bandar Tehran, dengan 68 daripada 290 kerusi di parlimen yang bertanding.

Wanita Iran menunjukkan jari mereka yang dicelup dakwat selepas membuang undi mereka dalam pusingan kedua pilihan raya parlimen di stesen pengundian bandar Robat Karim, 40km dari bandar Tehran pada 29 April. – AFP
Wanita Iran menunjukkan jari mereka yang dicelup dakwat selepas membuang undi mereka dalam pusingan kedua pilihan raya parlimen di stesen pengundian bandar Robat Karim, 40km dari bandar Tehran pada 29 April. – AFP

Sekitar 17 juta rakyat boleh mengundi ketika tiada calon dalam pengundian bagi merebut minimum 25 peratus yang diperlukan dalam pusingan pertama.

Pengundian itu berakhir pada 1330 GMT dan keputusannya dijangka pada Ahad. – AFP