Warga Jabatan Hal Ehwal Masjid adakan Khatam Al-Quran

Warga Jabatan Hal Ehwal Masjid adakan Khatam Al-Quran

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Julai – Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama tidak ketinggalan dalam mengadakan majlis Khatam Al-Quran bagi warga jabatan dan peserta program Tahsin Qiraatil Al-Quran dari jabatan tersebut yang berlangsung di Masjid Omar Ali Saifuddien, di ibu negara hari ini.

Ia turut diselajurkan dengan Majlis Membaca Doa Arwah Jabatan Hal Ehwal Masjid.

Program Tahsin Qiraatil Al-Quran merupakan salah satu program pembudayaan membaca Al-Quran yang diungkayahkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi semua pegawai dan kakitangan di bawah kementerian berkenaan. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

Tetamu kehormat tatkala menghadiri majlis Khatam Al-Quran Jabatan Hal Ehwal Masjid kelmarin.
Tetamu kehormat tatkala menghadiri majlis Khatam Al-Quran Jabatan Hal Ehwal Masjid kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA